Tuesday, April 21, 2015

Pengakuan Bohsia Main lima Lelaki Serentak

 




Biarpun baru berusia belasan tahun, seorang remaja bukan saja sanggup melakukan hubungan seks dengan lebih lima lelaki serentak, malah melayan nafsu warga emas seusia bapanya hingga mendapat gelaran Ratu Bohsia. 

Namun, gadis berkenaan tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya kerana gelagat liarnya didorong pengalaman hitam selepas dinodai datuk sendiri menyebabkannya ketagih mengulangi perbuatan terkutuk itu. 

Demi memuaskan nafsu gila selain membalas dendam terhadap perbuatan datuk yang mengaibkannya, dia mula belajar meneguk minuman keras seawal usia 12 tahun dan mengikut lelaki hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan seks walaupun baru beberapa jam berkenalan. 

Disebabkan keghairahannya itu, gadis terbabit mendakwa menggugurkan kandungan lebih 10 kali sepanjang tempoh dia merelakan tubuhnya ‘diratah’, termasuk di kalangan Mat Rempit sehingga digelar Ratu Bohsia di kalangan pelumba haram. 

Pengalaman gadis terbabit didedahkan kepada wartawan bukan untuk memalukan mana-mana pihak, sebaliknya pedoman kepada remaja perempuan yang baru mengenali dunia dan mengelak mereka menjadi alat pemuas nafsu lelaki ‘syaitan’ terutama Mat Rempit. 

Gadis yang ingin dikenali sebagai Masliza, 20, berkata kehidupannya mula berubah selepas dia dinodai datuknya sendiri menyebabkan dia lari meninggalkan rumah sebelum berkenalan dengan seorang Mat Rempit. 

Menurutnya, dia menghilangkan diri selepas berang dengan sikap ibu bapanya tidak mempercayai aduan bahawa diadirogol datuk sendiri. 

“Setiap malam minggu, kami akan keluar merempit dan menonton aksi liar Mat Rempit di sekitar ibu kota menunjukkan kehebatan masing-masing. 

“Saya puas kerana dapat mengenali ramai ‘kaki rempit’ berhati batu dan kagum mereka tidak mempunyai perasaan takut serta sayang kepada nyawa sendiri ketika melakukan aksi di jalan raya,” katanya. 

Selepas seketika berkenalan, teman lelakinya mula menunjukkan wajah sebenar apabila menyerahkannya kepada rakan untuk ‘dipakai’ secara beramai-ramai. 

Demi menjaga imej di kalangan Mat Rempit terbabit, katanya, dia terpaksa menyerahkan kesucian dirinya. 

Sejak itu, Masliza berkata, dia sering menjadi habuan puluhan Mat Rempit di hotel murah, rumah sewa mahupun dalam kereta menyebabkannya ketagih untuk melakukan hubungan seks. 

Masliza mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam satu bilik hotel serentak.“Ia pengalaman hitam yang menakutkan, namun saya melakukannya untuk membalas dendam terhadap keluarga yang menganiaya saya, terutama datuk. Lama-kelamaan ia menjadi hobi dan keseronokan kepada diri sendiri. 

“Saya lari dari rumah kerana tidak dapat menerima kenyataan dirogol datuk sendiri serta dihantui masalah keluarga yang tidak berkesudahan.“Keluarga saya bermasalah, ibu bapa sering bertengkar dan mungkin disebabkan itu kebajikan dan tanggungjawab mereka terhadap saya terabai,” katanya. 

Bagaimanapun, Masliza diselamatkan seorang individu tidak dikenalinya yang menghantarnya ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri gara-gara cuba menggugurkan kandungan. Dia mendakwa sedang diburu ahli keluarganya kerana mengadu mengenai peristiwa hitam dinodai datuknya sendiri beberapa tahun lalu kepada pihak berkuasa supaya menarik balik laporan itu. 

Bagaimanapun, dia kini selamat dalam jagaan sebuah pusat perlindungan dan pemulihan akhlak dan difahamkan sedang berusaha melupakan peristiwa malang itu. 

Sementara itu, Pengurus dan Pakar Motivasi Didik Diri Resource, Ahmadi Baharudin, berkata Masliza sedang melalui proses pemulihan di pusat pemulihannya. 

“Kami yakin dengan program sedia ada dapat membantunya memulihkan semula keyakinan diri ketika berdepan dengan masyarakat selain membina semula imej. Dia kini ibarat sedang ‘dilahirkan’ semula. “Saya cukup terkilan dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak memandang serius aduan anak mereka kerana terlalu sibuk mengejar kebendaan walaupun perkara itu benar-benar berlaku,” katanya. 

Menurut Ahmadi, masalah keluarga penyebab utama kepada keruntuhan akhlak remaja pada zaman ini. “Peningkatan kes seumpama itu cukup membimbangkan. Ibu bapa bukan saja perlu mendidik anak dengan ajaran agama yang cukup, malah mengikuti perkembangan mereka. 

Sikap lepas tangan akan menyebabkan masalah terus menghantui kita semua,” katanya.-HM 

Jangan Sia-siakan Amanah Allah 

ANAK ialah amanah ALLAH SWT. ALLAH mengamanahkan kita mengasuh, menjaga dan mendidik cahaya mata dengan sebaiknya. Dia ingin melihat anak itu membesar menjadi hamba-Nya yang soleh dan khalifah-Nya yang berbakti di muka bumi. 

Sungguh besar amanah itu. Sungguh mulia sekali. Jika anak tidak membesar menjadi anak soleh, maka ibu bapanya telah mensia-siakan amanah ALLAH. Itulah ibu bapa derhaka! 

Apa kita gelarkan kepada seseorang yang raja memerintahkan satu kerja kepadanya, tetapi dia tidak laksanakan? Apa lagi kalau tidak orang yang derhaka! Silap hari bulan, raja murka, dipancungnya kepala. Sedangkan ALLAH itu “Raja segala Raja”. 

Setiap arahan Raja perlu dituruti!. 

Acap kali kita mendengar mengenai balasan anak yang derhaka kepada orang tuanya ketepikan dahulu perkara itu, Rehal kali ini berkongsi kepada pembaca siapakah mereka yang boleh digelar ibu bapa derhaka. 

Pendakwah Bebas, Muhammad Luqman Makhtar berkata, ibu bapa derhaka versi ‘bapa Sazali’ ialah ibu bapa yang menunaikan tanggungjawab sebagai penjaga sahaja, tetapi mengabaikan tanggungjawab sebagai pendidik kepada anak-anak. Manakala ibu bapa derhaka ‘pentingkan diri sendiri’ pula lebih teruk. Sudahlah tanggungjawab pendidik tidak ditunaikan, tanggungjawab sebagai penjaga pun diabaikan!. 

“Menjaga, membesarkan dan mendidik, itulah cabang tugasan utama individu bergelar ibu bapa. Andai salah satu sahaja tidak ditunaikan, maka itulah yang dimaksudkan dengan ibu bapa derhaka. 

“Mungkin ada yang terlintas di fikiran, adakah wujud watak bapa mithali dalam filem P Ramlee. Tentu sekali ada. Ambil contoh watak pendekar Mustar Kampung Pinang Sebatang. Melalui watak tersebut, Allahyarham cuba membaiki tanggapan masyarakat tentang watak bapa. Biarpun sebagai seorang pendekar atau ayah yang biasanya berperwatakan autokratik, namun ia tidak menjadi halangan untuk menzahirkan sifat penyayang. Pendekar Mustar pun boleh menyiram pokok,” jelas anak kelahiran Kelantan ini. 

Menurutnya, menjadi ibu bapa bukan sekadar bertindak sebagai penjaga. Ramai orang mengambil mudah mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa. Ada yang menganggap asal sahaja sudah bagi makan minum, pakaian dan tempat tidur, itu sudah cukup. Renungkanlah, ALLAH hendak melihat anak itu bukan setakat dibesarkan, bahkan diasuh sehingga menjadi hamba dan khalifah-Nya yang soleh. 

Menjadi ibu bapa yang mendidik, juga sekadar bermakna mencurahkan kasih sayang secara membuta. Apa sahaja yang anak pinta disediakan. Hendak memarahi anak pun enggan, apatah lagi hendak digantung rotan di dinding rumah. 

Sedangkan ALLAH merahmati rumah yang digantungkan rotan di dindingnya. Jangan salah faham. Islam bukannya menggalakkan penderaan. Rotan ialah simbolik kepada unsur pelengkap dalam pendidikan yang sempurna iaitu ketegasan. Ini kerana pendidikan yang sempurna menggabungkan secara harmoni elemen reward dan punishment, menyayangi, memarahi, memujuk dan menegur. 

Sayang anak berpada-pada 

Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya ada menyebut: “Sesungguhnya anak boleh menjadi penyebab kebakhilan dan kebaculan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah) Muhammad Luqman berpendapat, ibu bapa yang prihatin terhadap anaknya adalah mereka yang menuturkan ucapan terima kasih kepada mana-mana individu yang menegur perbuatan tidak elok si anak dan bukan bersikap negatif dengan memaki hamun si penegur itu. 

“Junjungan besar, Rasulullah mengingatkan kita agar tidak terlalu terpesona dengan anak-anak. Dek kasih sayang melampau terhadap anak-anak, kita boleh menjadi kedekut dan pengecut. 

“Kita akan kedekut harta dan masa untuk menderma kepada orang lain dan juga agama. Segala harta hendak disimpan untuk anak-anak sahaja. Kita akan jadi pengecut sehingga enggan berjihad di jalan ALLAH,” ulas bekas pensyarah, Kolej Komuniti Selayang, Kementerian Pengajian Tinggi. 

Beliau berkata, jika benar ibu bapa itu sayangkan anak, muliakanlah mereka. Memuliakan mereka bukanlah dengan melayan mereka macam anak raja. Memuliakan mereka ialah dengan mendidik mereka sehingga menjadi seorang yang berakhlak mulia. 

Bila anak kita ada budi pekerti, maka di mana-mana sahaja dia akan dihormati dan disayangi. 

Tidak lengkap pendidikan anak-anak tanpa pendidikan agama. Sehebat mana sekalipun pendidikan akademik dan moral yang diberikan kepada si anak, ia belum sempurna. Berapa ramai orang yang berkelulusan tinggi tetapi sanggup menghantar ibu bapanya ke rumah rumah tua? Dan, bukan pendidikan agama itu setakat pengetahuan tentang agama. Pendidikan agama yang sebenar ialah tentang menyuburkan jiwa dan fikiran anak-anak dengan unsur cintakan ALLAH dan Rasul-Nya. Rasulullah pernah berpesan, “Muliakanlah anak-anak kamu. Perelokkanlah adab mereka.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah) 

Ibu bapa derhaka besar dosanya 

Balasan anak derhaka disegerakan di dunia. Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya ALLAH akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia.” (Hadis Riwayat Hakim) 

Muhammad Luqman menegaskan agar tidak ada yang salah faham dengan hadis di atas kerana tidak semestinya dosa yang ditangguhkan azabnya sehingga hari kiamat itu lebih ringan daripada dosa yang ALLAH segerakan. Bahkan azab di akhirat itu lebih berat ditanggung. Justeru, generasi Islam dahulu sentiasa berdoa agar disegerakan balasan atas dosanya sekiranya ada di dunia lagi. 

“Dan, tidak semestinya satu dosa yang tidak disebut jenis azabnya, ia ialah ringan. Asal sahaja nama dosa, tiada yang ringan. Dosa akan bertukar azab sengsara di akhirat kelak. 

Baginda bersabda: “Cukuplah seseorang itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungannya.” (Hadis Riwayat Abu Daud) 

“Hakikatnya ibu bapa derhaka dosanya besar!. Buktinya Nabi tidak mengaku umat! Kenyataan tegas “bukan daripada kami” ini bukannya hal remeh. Hanya beberapa dosa sahaja yang Nabi gunakan kenyataan ini. Antaranya dosa membuat bid’ah, dosa mengampu penguasa zalim, dan dosa memperdayakan orang ramai. Orang yang Nabi tidak mengaku umat tidak akan selamat di akhirat. Sekalipun dia bersolat tidak tinggal, puasa tidak pernah ponteng dan naik haji berkali-kali,” katanya lagi. 

Terdapat sebuah kisah yang wajar dijadikan teladan kepada ibu bapa dan anak. Pada suatu hari datanglah seorang lelaki menemui Khalifah Umar al-Khattab, dia mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu lalu memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. 

Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” 

Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapa ku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun daripada al-Quran.” 

Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anak mu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadap mu.” – Wallahuaqlam.

Wednesday, April 15, 2015

Abby Abadi Dedah Rahsia kawen norman hakim bukan kerana cinta

Baru sahaja reda dengan isu beliau sudah berkahwin dengan seorang ustaz, nama Abby Abadi kembali hangat dan menarik perhatian orang ramai apabila mendedahkan beliau dan Norman Hakim dahulu berkahwin bukan atas dasar cinta.
Abby secara terang-terangan mengimbau kembali cerita lama menerusi akaun Instagram miliknya. Berikut adalah kapsyen beliau:-
Kita orang kahwin bukan sebab cinta sebenarnya. Sebab apa? Jeng! Jeng! Jeng! Taktahu la En Norman Hakim nk akui ke tak perkara ni tapi itulah dia yg sebenarnya.
Panjang umur murah rezeki, dapat persetujuan En Norman. Saya cerita nanti. Siap dengan gambar sekali sebagai bukti.


Ada pihak yang mempersoalkan kenapa Abby harus membongkar kembali cerita lama dan menasihati beliau agar perkara tersebut biarlah jadi memori peribadi buat beliau dan Norman.
Masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri, usah di ungkit lagi kisah lama yang mungkin boleh mengguris hati mana-mana pihak.

Tuesday, April 14, 2015

BUKTI WAK DOYOK ADALAH GAY

Semalam khabar angin tentang Wak Doyok seorang gay telah meliar di laman sosial, mengetahui tentang berita tersebut, ikon fesyen itu telah menafikan beliau seorang yang mengamalkan aktiviti songsang.
Saya tak amik kisah pun apa orang cakap. Kita tidak boleh suruh orang berhenti bercakap. Saya bukan gay, saya sembahyang punya orang, tidak amalkan hubungan sejenis.
Namun, semalam menerusi Twitter seorang lelaki telah tampil membuat pengakuan beliau pernah berskandal dengan Wak Doyok dan melakukan aktiviti tidak senonoh.

Mempunyai jumlah pengikut yang ramai, mereka tentu sekali terkejut dengan berita ini dan beberapa tanda tanya sedang bermain di fikiran dan mencari kebenaran disebalik kontroversi ini.
Pendedahan seperti ini boleh menjatuhkan imej Wak Doyok sebagai figura awam dan sekaligus boleh menjejaskan periuk nasi beliau. Kami rasa adalah lebih baik untuk Wak Doyok sekali lagi tampil memberikan penjelasan serta penafian agar namanya dapat dibersihkan. Lelaki tersebut juga harus disiasat.

MODEL INI TIDAK PAKAI SELUAR DALAM DI PAMERAN KERETA






12 Penipuan Paling Popular Di Malaysia



Penipuan sering kali terjadi kepada kita, tak kira la sedar atau tidak sedar, boleh dikatakan semakin hari semakin menjadi kes penipuan yang dilaporkan media, pelbagai teknik atau cara baru yang digunakan mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menipu mangsa-mangsanya. 

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti 12 jenis penipuan popular di Malaysia yang digunakan golongan penjenayah kolar putih. Antaranya:- 

Jual beli tanah
Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. 

Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain. 

Tawaran pakej haji dan umrah
Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan. 

Bomoh buang sial
Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri. 

Jual beli kereta
Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. 

Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta. 

Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. 

Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung. 

Menang hadiah utama loteri
Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno. 

Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam. 

Beli barang runcit dengan cek palsu
Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud. 

Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa. 

Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram. 

Menang peraduan AF (Akademi Fantasia)
Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu. 

Gores dan menang
Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan. 

Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah
Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus. 

Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri. 

Menang cabutan bertuah dari Hong Kong
Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh. 

Oleh itu, kita perlulah berhati-hati untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan. 

Read more: http://kamithemedia.blogspot.com/2015/04/12-penipuan-paling-popular-di-malaysia.html#ixzz3XJBR8sAs 
Under Creative Commons License: Attribution 
Follow us: kamithemedia on Facebook

10 Sebab kenapa lelaki lebih sukakan janda??!!



Pelbagai persoalan yang muncul mengenai status janda . Janda adalah gelaran bagi seorang wanita yang pernah berkahwin.

Janda juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu wanita itu menjadi janda diatas sebab suaminya sudah meninggal dunia dan satu lagi, wanita itu menjadi janda kerana telah berpisah atau bercerai dengan suaminya…

Namun begitu , apabila dengar sahaja perkataan janda, ianya sering meniti di bibir lelaki yang masih bujang mahupun yang sudah berkahwin.

Kenapa ya, pasti anda ingin tahu kenapa dan apa sebabnya janda mempunyai tarikan yang berlainan berbanding anak dara. Jom baca 10 sebab yang mungkin merungkai segala tanda tanya anda tentang janda !

1.) Kenapa lelaki sukakan janda? 
Mungkin kerana janda pandai menggoda.

2). Kenapa lelaki sukakan janda? 
Mungkin kerana janda sudah bersedia.

3). Kenapa lelaki sukakan janda? 
Mungkin kerana janda senang kira dan tidak susah memilikinya.

4). Kenapa lelaki sukakan janda? 
Mungkin kerana janda mudah mesra dan manja.

5). Kenapa lelaki sukakan janda? 
Mungkin kerana janda pandai "Menggula".

6). Kenapa lelaki sukakan janda? 
Mungkin kerana janda pandai menjaga.

7). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai bekerja.

8). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda sudah tahu semua benda.

9). Kenapa lelaki sukakan janda? 
Mungkin kerana janda senyumnya lebih manja.

10). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda kurang belanja kosnya .

Namun begitu harus diingat! Bukan semua janda mudah didekati malah kadang kala janda lebih tinggi kosnya berbanding anak dara.... fikir-fikirkanlah ya...